BAB 2 ULASAN KARYA 2.0 KAJIAN SISTEM Kajian sistem ini meliputi data-data yang berkaitan untuk diaplikasikan dalam proses pembangunan sistem. Berdasarkan kajian yang telah dibuat terhadap kedai-kedai kasut dan juga kedai kasut Vincci ini, didapati bahawa pihak pengurusan kedai masih lagi menggunakan sistem rekod manual dalam merekod maklumat : 2.0.1 sistem ini akan digunakan untuk proses Penyimpanan dan pemaparan maklumat. 2.0.2 mengkaji apakah maklumat-maklumat atau data-data yang penting dan perlu diisi dan disimpan ke dalam pangkalan data agar ianya lebih teratur dan bersistematik. 2.0.3 sistem yang tidak mudah diceroboh dan hanya dapat digunakan jika katalaluan yang betul sahaja digunakan oleh pihak yang dibenarkan iaitu pekerja kedai dan pengurus kedai. 2.1 PENERANGAN SISTEM Sistem yang dibangunkan ini adalah “Sistem Maklumat Vincci” atau SMV yang mana merupakan salah satu alternatif dalam membantu dan memudahkan pihak pengurusan kedai dalam urusan jualan kasut dan pemaparan laporan jualan kasut. Sistem ini dibangunkan bertujuan untuk menggantikan sistem manual sekiranya digunakan kedai ini kepada sistem berkomputer. Sistem ini hanya untuk kegunaan dalaman kedai di mana hanya digunakan oleh pengurus kedai dan para pekerja kedai sahaja. Sistem ini direkabentuk mengikut ciri-ciri antaramuka yang mudah untuk digunakan oleh pekerja dan pihak pengurus. Sistem ini juga dapat membantu para pekerja untuk menyimpan dan memaparkan laporan jualan kasut jika diperlukan. Sistem ini mempunyai katalaluan yang mana dicipta bagi tujuan keselamatan dan agar maklumat tersebut terjamin kesahihannya. Modul-modul yang terlibat dalam sistem ini adalah modul katalaluan, modul menu utama, modul jualan, modul laporan. Oleh itu, dengan adanya sistem ini diharapkan pihak pengurusan dapat menguruskan perniagaan mereka dengan lebih efisyen.
ULASAN KARYA
2.0 KAJIAN SISTEM
Kajian sistem ini meliputi data-data yang berkaitan untuk diaplikasikan dalam proses pembangunan sistem. Berdasarkan kajian yang telah dibuat terhadap kedai-kedai kasut dan juga kedai kasut Vincci ini, didapati bahawa pihak pengurusan kedai masih lagi menggunakan sistem rekod manual dalam merekod maklumat :
2.0.1 sistem ini akan digunakan untuk proses Penyimpanan dan pemaparan maklumat.
2.0.2 mengkaji apakah maklumat-maklumat atau data-data yang penting dan perlu diisi
dan disimpan ke dalam pangkalan data agar ianya lebih teratur dan bersistematik.
2.0.3 sistem yang tidak mudah diceroboh dan hanya dapat digunakan jika katalaluan yang
betul sahaja digunakan oleh pihak yang dibenarkan iaitu pekerja kedai dan pengurus kedai.
2.1 PENERANGAN SISTEM
Sistem yang dibangunkan ini adalah “Sistem Maklumat Vincci” atau SMV yang mana merupakan salah satu alternatif dalam membantu dan memudahkan pihak pengurusan kedai dalam urusan jualan kasut dan pemaparan laporan jualan kasut. Sistem ini dibangunkan bertujuan untuk menggantikan sistem manual sekiranya digunakan kedai ini kepada sistem berkomputer.
Sistem ini hanya untuk kegunaan dalaman kedai di mana hanya digunakan oleh pengurus kedai dan para pekerja kedai sahaja. Sistem ini direkabentuk mengikut ciri-ciri antaramuka yang mudah untuk digunakan oleh pekerja dan pihak pengurus. Sistem ini juga dapat membantu para pekerja untuk menyimpan dan memaparkan laporan jualan kasut jika diperlukan.
Sistem ini mempunyai katalaluan yang mana dicipta bagi tujuan keselamatan dan agar maklumat tersebut terjamin kesahihannya. Modul-modul yang terlibat dalam sistem ini adalah modul katalaluan, modul menu utama, modul jualan, modul laporan.
Oleh itu, dengan adanya sistem ini diharapkan pihak pengurusan dapat menguruskan perniagaan mereka dengan lebih efisyen.